Tiada diskaun saman pada 15 November - Trafik Bukit Aman

Posted on: 2016-10-10

KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman menafikan pihaknya memberi diskaun kepada orang ramai sekiranya membayar saman pada 15 November ini.

JSPT Bukit Aman dalam satu kenyataan berkata terdapat individu tidak bertanggungjawab menyebarkan rakaman suara di aplikasi WhatsApp menggesa orang ramai membuat pembayaran pada hari itu bagi menikmati pengurangan harga.

"Pihak JSPT menafikan kesahihan maklumat ini, masyarakat diminta agar tidak terpengaruh dengan sebarang mesej viral yang tidak diketahui kesahihannya," kata kenyataan itu.

Kenyataan itu menambah, orang ramai diingatkan supaya membuat rujukan di Portal Rasmi PDRM (Bahagian Info Trafik) sebelum membuat sebarang penyebaran maklumat.

Rakaman suara yang viral di aplikasi WhatsApp itu menasihatkan orang ramai membayar tunggakan saman pada 15 November dan mendakwa maklumat tersebut, telah diterima daripada seorang sumber yang tidak dinamakan daripada Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman.


Share:

Source From: Astrowani

Other Auto News


Motorcyclists in Federal Territories to Receive Free Petrol Every Month From April

Announced that they will be giving free petrol at every parliamentary constituency......

Posted on: 2017-03-01

March 2017 Fuel Prices: Petrol Prices Maintain, 5 Sen Increase For Diesel

Here’s the updated prices for petrol and diesel in Malaysia for this month....

Posted on: 2017-03-01

Pemasangan Reflektor Belakang Kenderaan Perdagangan Berkuat Kuasa Serta-merta: JPJ

Keperluan pemasangan itu dinyatakan dalam Garis Panduan Pemasangan Reflektor MS 828:2011 pada......

Posted on: 2017-03-01