PRASARANA labur RM15 juta beli bas BRT

Posted on: 2016-10-17


KUALA LUMPUR: Kerajaan melalui Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA) sudah melabur RM15 juta untuk pembelian bas mesra alam dari China bagi projek Bas Rapid Trasit (BRT)-Laluan Sunway (BRT-Sunway). 

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Datuk Azmi Abdul Aziz, berkata bas elektrik berkenaan berharga RM1 juta seunit dibeli daripada BYD Company Limited, syarikat automobil berpangkalan di Shenzen. 

Beliau berkata, pihaknya sedang mencari teknologi terkini untuk memasang simpanan tenaga elektrik lebih besar pada bateri yang digunakan bagi menampung tenaga bas berkenaan. 

"Pada masa kini, BRT menggunakan bateri konvensional untuk menyimpan tenaga baterinya ketika bergerak. dan kami sedang mencari teknologi baharu dalam usaha mengurangkan kos sistem penyelenggaraan berkenaan. 


"Pihak kami akan terus mencari inovasi terkini selaras penggunaan teknologi hijau bagi menyokong agenda kerajaan, di samping meningkatkan penggunaan teknologi hijau dalam gaya hidup masyarakat," katanya pada majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Program Belajar Mandarin, di sini, hari ini. 

Ditanya mengenai kemungkinan meningkatkan bilangan bas mesra alam di Lembah Klang, Azmi berkata, ia bergantung kepada permintaan dan sambutan orang ramai di lokasi terbabit. 

"Kita sedang mengkaji permintaan pasaran bagaimana perkhidmatan berkenaan mampu memberi impak kepada pengguna di Lembah Klang. 

"Jika kita tempatkan bas di lokasi tertentu, ia mungkin meningkatkan keperluan jumlah bas berkenaan," katanya.

Laluan BRT-Sunway yang mempunyai jarak sepanjang 5.4 kilometer itu menyediakan kemudahan 15 unit bas mesra alam, tujuh stesen termasuk kemudahan 'Park n Ride' di satu stesen dan sebuah depot, mula beroperasi pada 1 Jun 2015. 

Tujuh stesen adalah Stesen Sunway - Setia Jaya, Mentari, Lagoon, SunMed, Sunu-Monash, South Quay dan USJ7 sebagai stesen akhir.


Share:

Source From: Bharian

Other Auto News


Motorcyclists in Federal Territories to Receive Free Petrol Every Month From April

Announced that they will be giving free petrol at every parliamentary constituency......

Posted on: 2017-03-01

March 2017 Fuel Prices: Petrol Prices Maintain, 5 Sen Increase For Diesel

Here’s the updated prices for petrol and diesel in Malaysia for this month....

Posted on: 2017-03-01

Pemasangan Reflektor Belakang Kenderaan Perdagangan Berkuat Kuasa Serta-merta: JPJ

Keperluan pemasangan itu dinyatakan dalam Garis Panduan Pemasangan Reflektor MS 828:2011 pada......

Posted on: 2017-03-01