Deepavali: Diskaun 10 % di Lebuhraya Akleh, GCE, LKSA

Posted on: 2016-10-26


KUALA LUMPUR : Pengguna Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Koridor Guthrie (GCE) dan Kemuning-Shah Alam (LKSA) akan menikmati diskaun 10 peratus sempena perayaan Deepavali hujung bulan ini.

Ketua Pegawai Operasi Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) (Kewangan dan Pentadbiran) Malik Parvez Ahmad berkata potongan itu akan bermula 6 pagi pada 29 Oktober, dan berakhir 6 pagi, 30 Oktober.

"Diskaun ditawarkan sempena Hari Deepavali nanti merupakan satu daripada pelbagai program tanggungjawab sosial korporat (CSR) PROLINTAS yang kami anjurkan.

"Ia juga sebagai tanda terima kasih kepada semua pengguna lebuh raya kami," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut mengingatkan pengguna lebuh raya agar mengamalkan pemanduan berhemah pada musim perayaan itu.


Share:

Source From: Sinarharian

Other Auto News


Motorcyclists in Federal Territories to Receive Free Petrol Every Month From April

Announced that they will be giving free petrol at every parliamentary constituency......

Posted on: 2017-03-01

March 2017 Fuel Prices: Petrol Prices Maintain, 5 Sen Increase For Diesel

Here’s the updated prices for petrol and diesel in Malaysia for this month....

Posted on: 2017-03-01

Pemasangan Reflektor Belakang Kenderaan Perdagangan Berkuat Kuasa Serta-merta: JPJ

Keperluan pemasangan itu dinyatakan dalam Garis Panduan Pemasangan Reflektor MS 828:2011 pada......

Posted on: 2017-03-01