Pakej 3, 5 Central Spine Road Atasi Kesesakan

Posted on: 2017-01-06


BENTONG: Kementerian Kerja Raya memberi keutamaan pelaksanaan pakej ketiga dan kelima projek Central Spine Road (CSR) bagi menangani kesesakan lalu lintas pengguna yang berulang alik dari Lembah Klang ke Kelantan. 

Pakej ketiga projek itu membabitkan laluan sepanjang 61.15 kilometer (km) dari Mentara ke Kampung Seberang Jelai, di daerah Lipis dibina atas faktor keselamatan, dengan sebahagian laluan itu sepanjang 41.35 km dari Kampung Kubang Rusa ke Kampung Seberang Jelai sudah siap. 

Bagi pakej kelima pula yang membabitkan laluan sepanjang 28.5 km dari Kampung Asap ke Kampung Sertik serta Pintasan Bentong bagi menangani kesesakan lalu lintas pada musim perayaan. 

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata pelaksanaan projek CSR Pintasan Bentong diberi keutamaan kerana laluan sedia ada iaitu Jalan Persekutuan dari Bentong ke Kota Bharu, Kelantan mempunyai kepadatan trafik tinggi di bandar Raub dan Bentong. 

Katanya, berdasarkan keadaan trafik semasa kerajaan meluluskan RM578.25 juta pada Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) bagi pelaksanaan projek itu yang skop kerjanya membabitkan pembinaan jalan baharu empat lorong dua hala dengan reka bentuk piawaian JKR R5 sepanjang 28.5 km. 

"Pelaksanaan projek CSR Pintasan Bentong dibahagikan kepada tiga seksyen pembinaan iaitu Seksyen 5C1, 5C2 dan 5D yang sudah dimulakan secara berperingkat mulai November 2015 dan dijangka siap sepenuhnya dua tahun lagi," katanya pada majlis pelancaran projek CSR Pintasan Bentong di Kampung Lebu dekat sini, hari ini. 

Yang turut hadir, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang juga Presiden MCA. Projek CSR dari Bentong, Pahang ke Gua Musang Kelantan yang membabitkan jarak keseluruhan 350 km dijangka siap sepenuhnya menjelang 2020 dan setakat ini 40 peratus daripadanya sudah disiapkan.


Share:

Source From: Bharian

Other Auto News


Transport minister: Cabinet has approved harsher penalties for drunk drivers

The Cabinet has given its approval in principle to allowing for harsher penalties against those found to be driving.....

Posted on: 2020-07-15

Local auto market to rebound in 2H

Malaysia’s automotive market is expected to rebound in the second half of 2020......

Posted on: 2020-07-15

Motorcyclists in Federal Territories to Receive Free Petrol Every Month From April

Announced that they will be giving free petrol at every parliamentary constituency......

Posted on: 2017-03-01