Pemasangan Reflektor Belakang Kenderaan Perdagangan Berkuat Kuasa Serta-merta: JPJ

Posted on: 2017-03-01


PUTRAJAYA: Kerajaan mewajibkan pemasangan reflektor MS 828:2011 pada bahagian belakang kenderaan perdagangan berat dengan muatan (BDM) 3,500 kilogram (kg) dan ke atas berkuat kuasa serta-merta.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) semalam berkata sebaliknya, penguatkuasaan pemasangan reflektor itu pada bahagian sisi kiri dan kanan kenderaan perdagangan berat dengan muatan (BDM) 3,500 kilogram (kg) dan ke atas ditangguhkan sehingga dimaklumkan kelak.

Keperluan pemasangan itu dinyatakan dalam Garis Panduan Pemasangan Reflektor MS 828:2011 Pada Kenderaan Perdagangan, kata JPJ dalam kenyataan di sini, semalam.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan bahawa setiap kenderaan perdagangan dengan BDM 3,500 kg dan ke atas wajib memasang reflektor MS 828:2011 pada sisi kiri dan kanan serta bahagian belakang kenderaan bermula 1 Jan ini.

Menurut JPJ kerajaan telah beberapa kali menangguhkan penguatkuasaan pemasangan reflektor itu sejak 2003.

“Faktor keselamatan perlu diberikan keutamaan dan tidak boleh dikompromi. Kita harap penguatkuasaan sepenuhnya akan dapat direalisasikan kelak,” kata JPJ.

Berhubung penjualan reflektor MS 828:2011, jabatan itu berkata reflektor berkenaan dijual melalui ‘dealer’ syarikat dan di ‘booth’ cawangan Puspakom.

Penjualan reflektor i9tu dikawal oleh syarikat bagi memastikan produk tiruan tidak berleluasa dan menyebabkan pengguna ditipu oleh pihak tertentu yang ingin mengaut keuntungan.

“Pihak syarikat telah memaklumkan kepada semua pengguna yang ingin membeli secara pukal supaya terus membeli melalui dealer syarikat. Penjualan melalui ‘booth’ di cawangan Puspakom dikawal bagi memberi keutamaan kepada kenderaan yang menjalani pemeriksaan di PUSPAKOM,” kata JPJ.

Dalam pada itu, JPJ turut mengalu-alukan mana-mana syarikat yang memperoleh pensijilan MS 828:2011 daripada SIRIM untuk menjual reflektor bagi tujuan penguatkuasaan itu.

Pada masa ini, kata JPJ, hanya dua syarikat sahaja yang memperoleh pensijilan MS 828:2011 daripada SIRIM iaitu syarikat Orafol Reflective Solutions (Malaysia) Sdn Bhd dan 3M Malaysia Sdn Bhd.

Namun, penjualan reflektor oleh 3M Malaysia Sdn Bhd ditangguhkan sementara sehingga mendapat pengesahan semula daripada SIRIM.


Share:

Source From: Utusanborneo

Other Auto News


Transport minister: Cabinet has approved harsher penalties for drunk drivers

The Cabinet has given its approval in principle to allowing for harsher penalties against those found to be driving.....

Posted on: 2020-07-15

Local auto market to rebound in 2H

Malaysia’s automotive market is expected to rebound in the second half of 2020......

Posted on: 2020-07-15

Motorcyclists in Federal Territories to Receive Free Petrol Every Month From April

Announced that they will be giving free petrol at every parliamentary constituency......

Posted on: 2017-03-01