Tips Ini Untuk Anda Yang Serious Mahu Beli Rumah!

Posted on: 2019-02-28



Tips ini sangat berguna untuk anda yang on the way nak beli rumah menggunakan pinjaman daripada bank. Kalau anda kaya dan nak beli rumah secara cash, atau pinjam daripada keluarga, bolehlah berhenti disini. 

Beli rumah ini bukanlah mudah.

So, nak kena buat apa kalau betul-betul nak beli rumah?

1) Semak Laporan Kredit

Ini pun ramai dah gagal. Benda apa pula laporan kredit ni? Alahai… macam report card masa kau sekolah dululah. Semua subjek yang kau ambil ada dalam report card. Jadi parent kau tahu macamana prestasi pelajaran kau.

Laporan Kredit ni dijana oleh agensi kredit yang diiktiraf di Malaysia. Tujuannya adalah, merekodkan pembayaran untuk pinjaman yang sedia ada. Kalau anda ada apa-apa pinjaman dengan pihak bank, setiap pinjaman akan direkodkan dalam laporan ni. Bank pun nak tahu, anda ni bayar pinjaman macamana. Mesti pernah dengar CCRIS, CTOS atau RAMCI kan?

Ni antara sumber yang digunapakai oleh bank untuk menyemak rekod pembayaran pinjaman anda . Kalau laporan kredit anda tak cantik, jangan sembang pasal nak beli rumah. Kalau anda ada pinjamkan duit dekat kawan yang susah nak bayar semula?

Rekod cantik tu macamana?

Untuk CCRIS, rekod yang cantik adalah, dalam tempoh 12 bulan terkini, semua skor anda nombornya “0”. Kalau skor ada nombor “1”, pastikan tak kerap sangat. Kalau ada skor nombor “2” dan ke atas, jangan buang masa untuk beli rumah. Pinjaman anda  80% akan gagal.

Untuk CTOS pula, rekod yang cantik adalah, tiada kes mahkamah seperti bankrupt atau saman dari mana-mana pihak disebabkan kegagalan anda membayar balik pinjaman dengan pemberi pemberi kredit atau pemberi perkhidmatan.

Okay, dah semak. Kalau rekod tak cantik, macamana? 

Bukanlah bermakna dunia ni dah berakhir!

Ada 2 cara yang boleh dilakukan:

  1. Jika sebelum ni anda memang jenis culas nak bayar pinjaman, pastikan anda mula bayar pinjaman bagi cantik setiap bulan tepat pada masanya. Bayar kalau lambat seminggu pun tak guna. Selalunya laporan CCRIS ni cuma menyimpan rekod pembayaran untuk 12 bulan terkini sahaja. Jadi, fokus untuk bayar pinjaman bagi cantik dulu untuk tempoh 12 bulan. Bila dah cantik, baru tengok #2 kat bawah.
  2. Tinggal sikit sangat lagi outstanding balance untuk langsaikan pinjaman, apa kata langsaikan je terus. Rekod culas tu akan hilang selepas 2, 3 bulan. Jadi, tak payah lah tunggu 12 bulan.
  3. Jika CTOS ada rekod saman, cuba selesaikan saman tersebut. Tetapi, lepas anda selesaikan masalah CTOS ni, mungkin kena tunggu agak lama untuk rekod dikemaskini.

2) Semak Kelayakan Maksimum

Laporan Kredit dah cantik, dah boleh beli rumah lah kan?

Belum lagi, belum lagi! Penting untuk semak kelayakan maksimum dulu, supaya anda tak menyesal pilih rumah yang over-budget. Nak tempah rumah perlukan modal. Bila anda tempah, ejen hartanah akan meminta bayaran pendahuluan “earnest deposit” sebanyak 2%-3% dari harga rumah. Katakan anda nak beli rumah pada harga RM500,000. Jadi bayaran pendahuluan yang perlu dibayar lebih kurang dalam RM10,000.

Nak dijadikan cerita, pinjaman kena reject sebab anda beli rumah diluar kemampuan, dan bank tak yakin anda boleh bayar balik pinjaman tersebut. Bila nak cancel booking tadi, anda rasa dapat balik tak bayaran pendahuluan tu? Susah nak cakap, sebab perlu rujuk semula syarat dan terma yang ditetapkan semasa anda tandatangan bayaran pendahuluan tu. RM10,000 tu banyak! Boleh buat duit hantaran ke kan? Jangan membazir.

3) Macamana Nak Tahu Kelayakan Maksimum Pinjaman?

Masukkan info yang diperlukan. Jangan bimbang, info anda akan dilindungi sepenuhnya oleh PDPA. Lepas dah selesai masukkan info, laporan kelayakan pinjaman perumahan akan dihantar terus ke emel anda. Dalam laporan tersebut, disertakan bersama maksimum kelayakan pinjaman daripada 15 bank.

Wow! Anda ada masa ke nak pergi satu-satu bank dan tanya? Kalau tak, jadilah pengguna yang bijak. 

Okay, sekarang Laporan Kredit dan cantik, Kelayakan Pinjaman pun dah tau, bolehlah beli rumah yang anda idam-idamkan tu. Kalau 2 benda ni anda dah settle, Insya-Allah pinjaman anda akan lebih mudah dan sepatutnya lulus dengan cemerlang!



Share:

Source From: Loanstreet.com

Other News & Articles


Is it necessary to relax home loan criteria for first-time home buyers? Here are 4 alternatives

In a bid to assist Malaysians with homeownership, there has been talk of reviewing stringent housing loan requirements imposed by banks. HBA cautions against this move and shares a few other recommendations. ...

Posted on: 2019-02-28

Buying Property In Malaysia As A Foreigner

Foreigners in Malaysia are either expatriates or tourists, and thus have been received with warm welcomes when visiting our country. Now the Government is also encouraging these foreigners to choose to make Malaysia their second home, whether for long-ter...

Posted on: 2019-02-28

RM4.22m Worth Of Affordable Homes To Be Developed In Melaka

The state government, via the Melaka Housing Board (LPM), has partnered with housing developer Delta Diversified Sdn Bhd (DDSB) to develop RM4.22 million worth of affordable housing for Bumiputeras, reported Bernama....

Posted on: 2019-02-25