Nilai hartanah di Pasir Gudang dijangka pulih

Posted on: 2019-04-12


PASIR GUDANG: Nilai hartanah di kawasan Pasir Gudang dijangka pulih dalam tempoh setahun bergantung kepada sentimen masyarakat.

Kini, nilai hartanah di kawasan itu dikatakan jatuh ekoran kegusaran masyarakat terhadap insiden pencemaran sisa bahan buangan yang berlaku di Sungai Kim Kim.

Pengerusi jawatankuasa perumahan dan pembangunan luar bandar, Dzulkefly Ahmad berkata pasaran hartanah di Pasir Gudang akan pulih apabila sentimen masyarakat mengenai perkara itu berkurangan.
Menurutnya, secara teori ini peluang terbaik untuk membeli hartanah di situ pada ketika ini.

"Apabila harga rumah sekarang turun di Pasir Gudang, akan tiba satu tahap di mana harga menjadi amat rendah. Jadi akan ada yang membeli.

"Apabila permintaan meningkat, harga pun meningkat. Ini konsep pasaran pemintaan dan bekalan. Jadi siapa beli sekarang untunglah," kata Dzulkefly.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan seminar transformasi dasar perumahan rakyat Johor 2019 di sini.

Kata Dzulkefly, pihaknya mengambil maklum kegusaran itu dan akan membuat audit semula untuk jenis industri melibatkan sisa buangan berjadual daripada segi prosedur operasi standard (SOP).

Beliau juga akan mencadangkan pewujudan tapak pelupusan sisa toksik di Johor sepertimana di Port Dickson.


Share:

Source From: Astro awani

Other News & Articles


Housing development sector can operate under National Recovery Plan

The housing development sector will be allowed to operate under Phase 1 and 2 of the National Recovery Plan (NRP) ...

Posted on: 2021-07-28

A Window Of Opportunity In The Residential Property Market

The reopening of the economy is expected to be gradual as the vaccination drive continues to be ramped up under the four-phase...

Posted on: 2021-07-28

5 Things To Do Before You Apply For A Loan

The Covid-19 pandemic has resulted in economic challenges that have left many people needing financial assistance. Are you considering...

Posted on: 2021-07-28