Tips Beli Rumah Lelong Yang Perlu Anda Tahu

Posted on: 2020-04-10

Tips beli rumah lelong yang perlu anda tahu.
                    

     Membeli rumah lelong boleh menjadi pembelian yang menguntungkan kerana harganya yang murah berbanding nilai pasaran semasa. Kali ini, kami akan kongsikan 4 tips membeli rumah lelong yang anda perlu tahu. Teruskan membaca!

   

1.   Semak kelayakan dan pinjaman

Sumber:pexels.com
  

     Bagi mereka yang ingin membeli rumah lelong melalui pembiayaan bank, semak kelayakan dan pinjaman terlebih dahulu dengan pihak bank. Bagi memudahkan lagi pihak bank untuk menyemak kelayakan anda, sila sediakan dokumen yang lengkap.

2.   Beli mengikut kemampuan kewangan

      Pertama, senaraikan komitmen hutang lain dan perbelanjaan yang wajib bagi setiap bulan. Seterusnya, tolak jumlah komitmen dan perbelanjaan ini daripada jumlah pendapatan anda.

      Lebihan dari pendapatan ini merupakan anggaran jumlah ansuran bulanan yang anda mampu untuk bayar bagi pembiayaan rumah lelong ini nanti. Melalui anggaran jumlah ansuran bulanan ini, anda boleh merancang mengikut bajet sendiri.

      Apa yang menarik, kami menyediakan pelbagai  pilihan hartanah lelong di seluruh negara mengikut bajet yang anda ingini!

3.   Lokasi hartanah yang sesuai

      Lokasi hartanah yang sesuai sebenarnya bergantung kepada keperluan bagi setiap individu.Pastikan lokasi hartanah yang dipilih bebas daripada bencana alam.

      Apa yang menarik, anda boleh membuat kajian kawasan kejiranan terlebih dahulu berbanding membeli rumah yang masih dalam pembinaan yang masih tidak jelas daripada segi ketahanan struktur rumah dan keadaan kawasan kejiranan.

4. Persekitaran dengan kemudahan awam yang lengkapSumber:pexels.com

      Kawasan bandar yang sudah matang (matured township) adalah kawasan dengan persekitaran dilengkapi kemudahan yang serba lengkap seperti bank, balai polis, restoran,kedai runcit, balai bomba dan hospital. Selain itu, pusat membeli-belah juga boleh dikategorikan sebagai kawasan yang sudah matang kerana kedudukannya terletak di lokasi yang strategik berdekatan dengan lebuh raya utama atau laluan utama yang mudah diakses oleh orang ramai.

     Dengan perkongsian 4 tips membeli rumah lelong ini, kami harap ia dapat membantu anda untuk mendapatkan rumah lelong. Ini merupakan sebahagian daripada tip yang dicadangankan oleh kami,  namun segala pilihan semuanya terletak ditangan anda.


Share:

Source From: Lelongtips.com

Other News & Articles


Penting Lantik Peguam

Masih ada dalam kalangan masyarakat yang bertanya, adakah sebagai pembeli mahupun penjual wajib melantik dan menggunakan khidmat peguam hartanah bagi urusan transaksi jual beli hartanah itu....

Posted on: 2020-11-23

Galakkan Pemilikan Rumah Golongan Muda

Kaji semula dasar dan perkenalkan langkah-langkah tambahan untuk menggalakkan pemilikan rumah dalam kalangan golongan muda di negara ini....

Posted on: 2020-11-23

A Brief Guide to Successful Property Investment

For those with sufficient savings to afford a house, backed by a stable income, there is no better time than now to consider property investment...

Posted on: 2020-11-18