Penjana Ringan Beban Pembeli Rumah - REHDA

Posted on: 2020-06-16


Kerajaan memperkenalkan beberapa insentif cukai bagi merancakkan semula pasaran hartanah tempatan termasuk memperkenalkan semula Kempen Pemilikan Rumah (HOC).

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata melalui kempen itu, pengecualian duti setem akan diberikan ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah kediaman yang bernilai antara RM300,000 hingga RM2.5 juta.

Katanya, pengecualian duti setem ke atas suratcara pindah milik adalah terhad kepada RM1 juta pertama nilai rumah kediaman berkenaan manakala duti setem sepenuhnya diberikan ke atas perjanjian pinjaman.

"Pengecualian ini akan berkuat kuasa bagi perjanjian jual beli yang ditandatangani mulai 1 Jun 2020 hingga 31 Mei 2021 tertakluk kepada syarat pemberian diskaun sekurang-kurangnya 10 peratus oleh pihak pemaju.

"Kedua, pengecualian Cukai Keuntungan Harta Tanah diberikan kepada individu warganegara Malaysia ke atas pelupusan rumah kediaman yang dibuat mulai 1 Jun 2020 sehingga 31 Disember 2021. Pengecualian ini dihadkan bagi pelupusan tiga unit rumah kediaman sahaja untuk setiap individu.

"Selain itu, had pembiayaan bagi pinjaman rumah ketiga dan seterusnya bernilai RM600 ribu ke atas tidak lagi tertakluk kepada 70 peratus daripada nilai rumah, ketika tempoh program HOC, tertakluk kepada pengurusan risiko dalaman institusi kewangan," katanya.

Mengulas perkembangan itu, Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA), Datuk Ir Soam Heng Choon, berkata pihaknya yakin semua insentif ini akan membantu meringankan beban pembeli untuk memiliki rumah yang akhirnya menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi.

"Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana mengambil perhatian terhadap cadangan kami sewaktu mengadakan pertemuan sebelum ini.

"Ketika barisan hadapan terus memerangi wabak ini, REHDA menyuarakan sokongan kepada kerajaan untuk bekerjasama ke arah pasaran perumahan yang lebih mantap dan cergas serta ekonomi untuk kepentingan semua yang terjejas," katanya.

Dalam pada itu Ketua Pegawai Eksekutif Rahim & Co Agency, Siva Shanker, berkata beliau percaya insentif yang diumumkan kerajaan itu mampu membantu menjadi pemangkin untuk merangsang sedikit sebanyak pasaran hartanah tempatan tahun ini.

Katanya, ia mungkin tidak akan mampu memacu pasaran dengan ketara, tetapi mampu membantu penawaran jualan hartanah dengan insentif menarik yang kemudiannya diterjemahkan kepada sama ada transaksi jualan atau belian.

"Namun, pengenalan insentif ini tidak mampu menghalang harga rumah untuk turun. Ada insentif atau tiada, harga sudah semestinya akan jatuh. Tetapi, sejauh mana ia akan turun tiada siapa boleh tahu.

"Krisis yang melanda ini tidak pernah berlaku sebelum ini. Pada masa lalu, krisis yang berlaku ialah krisis kewangan, tetapi kini ia disebabkan oleh virus. Sebaik masalah virus ini dapat diatasi, saya percaya pasaran akan kembali kepada sedia kala," katanya.


Share:

Source From: BeritaHarian

Other News & Articles


Property Buying Activities to Increase with Penjana Incentives

The National Economic Recovery Plan (Penjana) incentives announced yesterday are expected to heighten property buying activities in the next few months....

Posted on: 2020-06-16

How to Spot Good Investment Property

Buying investment property that you rent to tenants can bring reliable cash flow, assuming you have bought the right property. The question on every investor's mind is...

Posted on: 2020-06-03

Malaysia Maintains Ranking in Property Destination Preference

Malaysia has maintained its ranking as the sixth most-preferred destination in the world for Chinese property buyers for the second consecutive year...

Posted on: 2020-06-03