Galakkan Pemilikan Rumah Golongan Muda

Posted on: 2020-11-23


Kuala Lumpur: Kaji semula dasar dan perkenalkan langkah-langkah tambahan untuk menggalakkan pemilikan rumah dalam kalangan golongan muda di negara ini.

Saranan itu disuarakan oleh portal hartanah, iProperty Malaysia Sdn. Bhd. (iProperty) kepada kerajaan menjelang pembentangan Belanjawan 2021 dijadual pada 6 November ini.

Menurut Pengurus Besar iProperty Malaysia Sdn. Bhd., Wong Siew Lai, sebagai contoh, pelepasan cukai untuk faedah pinjaman rumah yang ditanggung oleh pembeli rumah pertama, perlu diperkenalkan semula bagi menggalakkan lagi pemilikan rumah dalam kalangan golongan muda.

Beliau berkata, lebih awal golongan itu membeli hartanah, lebih banyak masa untuk mereka mendapat manfaat kenaikan modal daripada pelaburan hartanah ter­babit.

Selain itu katanya, kerajaan diharap dapat mempertimbangkan pengurangan cukai duti setem untuk pembeli rumah pertama bagi merangsang lagi sektor hartanah tempatan.

“Pengurangan duti setem adalah penting untuk membantu golongan muda Malaysia membeli hartanah. Kami juga berharap pengurangan cukai duti setem akan diperluaskan ke pasaran sekunder untuk menambah peluang buat para pembeli mempertimbangkan pembelian rumah,” katanya dalam kenyataan semalam.

Siew Lai berkata, kerajaan juga diharap memperbaiki inisiatif Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) yang diumumkan di bawah pakej Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana), dengan menghapus atau melonggarkan had unit pelupusan setiap individu untuk meningkatkan keyakinan dalam kalangan penjual hartanah.

Langkah itu katanya, akan membantu merangsang lebih banyak transaksi dan mendorong penjual memanfaatkan penjimatan daripada pengecualian itu kepada para pembeli.

“Kami juga berharap Belanjawan 2021 akan menghidupkan semula program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) bagi mengga­lakkan pelaburan asing di pasaran hartanah tempatan.
“Di samping itu, proses permohonan MM2H boleh diselaraskan untuk menjadi lebih mesra pelabur bagi menggalakkan lebih ramai pembeli asing,” katanya.

Siew Lai berkata, walaupun MM2H hanya merangkumi sebahagian kecil jumlah pembeli rumah di Malaysia, ia penting untuk memacu permintaan daripada pembeli asing selain dapat mengurangkan hartanah tidak terjual. – UTUSAN


Share:

Source From: UtusanMalaysia

Other News & Articles


Contactless Property Transactions The New Norm Now

There’s a saying that goes, “every dark cloud has a silver lining”. In the case of the Covid-19 pandemic, it can be said that the silver lining is that the digitalisation of various...

Posted on: 2021-04-06

Brighter Second-Half Property Market Outlook

Local developers are more optimistic about the outlook of the property market in the second half (H2) of 2021 than the first six months of the year, on the expectation that an impending...

Posted on: 2021-04-06

Property Market Displaying Signs of Resilience, Despite The Current High Covid-19 Cases

The property market is displaying signs of resilience, despite the current high number of Covid-19 cases and extended Movement Control Order (MCO 2.0) until March 4, 2021...

Posted on: 2021-04-05