Permintaan Hartanah Sekunder Semakin Meningkat

Posted on: 2021-09-02


KUALA LUMPUR: Permintaan terhadap hartanah kediaman sekunder atau 'subsale' di Malaysia meningkat 19.2 peratus pada separuh pertama tahun ini.

Pengurus Besar Penyelesaian Data Pelanggan & Kualiti, Premendran Pathmanathan, berkata jumlah pengunjung dan penyenaraian hartanah dalam portal itu yang terdiri daripada rumah teres, kondominium, kediaman dan pangsapuri perkhidmatan, meningkat pada separuh pertama tahun ini, dengan jumlah kunjungan melebihi bekalan yang disenaraikan.

Justeru, katanya pemulihan pasaran kediaman sekunder yang dilihat pada enam bulan pertama tahun ini adalah sesuatu yang memberangsangkan.

"Pandemik COVID-19 tidak mendatangkan kesan yang buruk ke atas segmen ini seperti yang berlaku pada separuh pertama tahun lalu apabila permintaan pada ketika itu menjunam hingga ke paras negatif.

"Salah satu faktor penting yang menyokong pemulihan permintaan pada separuh pertama tahun ini adalah pencari hartanah mulai selesa dengan kaedah carian hartanah di dalam talian.

"Selain melayari hartanah di dalam talian, perbincangan susulan dengan ejen secara maya juga diterima sebagai salah satu norma baharu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan laporan Analisis Permintaan Portal Pasaran Kediaman Sekunder Separuh Pertama 2021.

Harga permintaan adalah maklumat yang diberikan oleh penjual hartanah masing-masing yang memberikan pandangan yang lebih baik dari perspektif penjual.

Premendran berkata, lanjutan Kempen Pemilikan Rumah (HOC) sehingga Disember 2021 turut bertindak sebagai penggalak, dengan pelbagai tawaran hartanah memberikan kesan limpahan ke atas segmen kediaman sekunder.

Katanya, pencari hartanah yang teliti akan terus melayari rumah sekunder di kawasan yang sama atau kawasan sekitar bagi membandingkan harga.

"Pertumbuhan permintaan sebanyak dua angka bukan sekadar mencerminkan peningkatan dari segi minat terhadap hartanah.

"Pembeli rumah ternyata benar-benar berminat untuk membuat pembelian kerana ramai yang mengambil langkah susulan seperti memohon pinjaman perumahan pada suku pertama 2021," katanya.

Berdasarkan data bulanan Bank Negara Malaysia (BNM), nilai permohonan pinjaman perumahan meningkat 86 peratus tahun ke tahun daripada RM96.4 bilion pada separuh pertama 2020 kepada RM179.4 bilion pada enam bulan pertama tahun ini.

Nilai pinjaman yang diluluskan juga meningkat 92.6 peratus tahun ke tahun bagi tempoh sama.


Share:

Source From: Berita Harian

Other News & Articles


Home Buying For Newlyweds

Newly married couples usually dream of purchasing a home together. In fact, buying a home may often be a first-time experience for both husband and wife and one of the most expensive purchases a new couple will ever make....

Posted on: 2021-09-02

Rakyat Malaysia Ubah Suai Kediaman Penuhi Keperluan Bekerja

Banyak pihak menyedari kepentingan memiliki ruang peribadi sendiri, terutama bagi mereka yang bekerja secara jarak jauh...

Posted on: 2021-09-02

Housing development sector can operate under National Recovery Plan

The housing development sector will be allowed to operate under Phase 1 and 2 of the National Recovery Plan (NRP) ...

Posted on: 2021-07-28