Permintaan Pembiayaan Perumahan Pulih Melepasi Paras Prapandemik -BNM

Posted on: 2021-10-01


Kuala Lumpur: Permintaan pembiayaan perumahan pulih melepasi paras prapandemik, menurut Tinjauan Kestabilan Kewangan Separuh Pertama 2021 Bank Negara Malaysia (BNM).

Berdasarkan laporan itu, permohonan pinjaman perumahan meningkat merentasi kebanyakan segmen harga rumah pada separuh pertama 2021 berbanding separuh kedua 2020.

Ia juga menunjukkan kadar kelulusan pulih secara meluas dengan menghampiri paras yang dicatatkan sebelum pandemik.

Kadar kelulusan juga pulih secara meluas mendekati tahap yang dicatatkan sebelum wabak (kadar kelulusan keseluruhan pada separuh pertama 2021 adalah 73.2 peratus; 2020 pada 71.5 peratus; 2013-2019 rata-rata 75.5 peratus), kecuali hartanah yang berharga melebihi RM1 juta, yang mana kadar kelulusan terus mencerminkan selera risiko bank yang lebih berhati-hati, kata laporan itu.

Sejajar dengan aktiviti pasaran yang lebih perlahan, jumlah rumah yang tidak terjual bertambah kepada 181,460 unit menjelang suku kedua 2021 (suku keempat 2020 adalah sebanyak 167,104 unit), sebahagian besarnya didorong oleh rumah yang berharga lebih daripada RM300,000 dan pangsapuri servis yang sedang dalam pembinaan.

Beberapa pelancaran perumahan baharu pada suku sebelumnya, yang akan mencatatkan penjualan yang lebih lembap dalam tempoh ini, turut menyumbang kepada peningkatan unit yang tidak terjual.

Pemerhati pasaran menjangkakan aktiviti akan meningkat dengan pelonggaran sekatan pergerakan dan pemulihan dalam aktiviti ekonomi secara beransur-ansur, seperti yang dilihat pada separuh kedua 2020.

Kedatangan bekalan harta tanah kediaman yang baharu dilancarkan kemungkinan akan beralih ke arah segmen harga pasaran massa, seperti yang dilihat pada bahagian hartanah yang lebih tinggi berharga RM500,000 dan ke bawah (separuh pertama 2021 sebanyak 71.6 peratus; 2015-2019, rata-rata 65.9 peratus).

"Penyesuaian seperti ini akan terus mengurangi ketidakseimbangan permintaan-penawaran dan meningkatkan kemampuan perumahan secara keseluruhan. Seiring dengan permintaan yang berterusan di kalangan pembeli rumah kali pertama, ini diharapkan mampu mengurangi risiko pembetulan harga rumah yang ketara," kata BNM lagi.

Berdasarkan laporan terkini Pusat Maklumat Harta Tanah Nasional (NAPIC) untuk separuh pertama 2021, pertumbuhan harga rumah cenderung kekal tidak berubah dalam enam bulan pertama 2021 (anggaran awal pertumbuhan Indeks Harga Rumah Malaysia -0.3 peratus), dengan jangkaan pasaran untuk pemulihan menuju ke arah 2022.


Share:

Source From: Harian Metro

Other News & Articles


5 Benefits of Investing In Real Estate In Malaysia

Many people are aware there are benefits to investing in property. For first-time buyers, it is worth revisiting the pros of investing in the property market in Malaysia...

Posted on: 2021-10-21

Property Market Seen To Bounce Back In 2022

As Malaysia gears up for endemicity following a near two-year struggle with the Covid-19 pandemic, all eyes are already on what 2022 will look like for the local property market....

Posted on: 2021-10-21

Pasaran Hartanah Meningkat Separuh Pertama 2021

Pasaran hartanah Malaysia mencatatkan sebanyak 139,754 transaksi bernilai RM62.01 bilion pada separuh pertama 2021, menunjukkan peningkatan jumlah sebanyak 21.0 peratus dan nilai 32.1 peratus...

Posted on: 2021-10-01