LelongTips.com.my
RM
RM
sq.ft
sq.ft

Pembeli rumah PKNS dapat diskaun produk Samsung



SHAH ALAM: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Samsung Malaysia Electronics memeterai memorandum persefahaman (MoU) untuk memberi peluang kepada pembeli rumah perbadanan itu mendapatkan produk peralatan rumah jenama Samsung dengan harga diskaun.

Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Datuk Mahmud Abbas, berkata MoU itu akan memberikan manfaat kepada pembeli yang ingin rumah baharu mereka dilengkapi keperluan moden dan berkualiti menggunakan jenama yang boleh dipercayai.

Beliau berkata, kerjasama itu akan dimulakan menerusi projek rumah teres dua tingkat, Puteri Ariana di Kota Puteri, dekat Shah Alam yang dijangka dilancarkan pada Mei depan.

"Bagi projek ini, kita akan cuba skim perintis yang akan menawarkan pembelian rumah dengan beberapa pakej khas, contohnya pakej A dilengkapi dengan alat penyaman udara dan komputer, manakala pakej B mempunyai alat penyaman udara dan televisyen.

"Perkara ini tidak termaktub dalam harga rumah, tetapi berbentuk pilihan untuk pelanggan kami," katanya pada sidang media selepas majlis pemeteraian MoU berkenaan di Shah Alam semalam yang ditandatangani oleh Mahmud mewakili PKNS, manakala Samsung Malaysia diwakili Presidennya, Denny Kim.

"Selain itu, kita (PKNS) juga akan menggunakan khidmat Samsung untuk menghasilkan bangunan pintar terhadap projek-projek akan datang seperti kondominium dan pusat beli-belah," katanya.

Posted on: 28th March 2023

Source: Berita Harian